KUALA LUMPUR, 16 Mac -- Menteri Kewangan Il Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menyaksikan kerjasama strategik bersama lapan institusi kewangan tempatan dan antarabangsa yang berpengalaman, iaitu Maybank, CIMB, RHB Bank, AmBank, United Overseas Bank (UOB), Industrial and Commercial Bank of China (ICBC), Bank of China (BOC), serta China Construction Bank (CCB) pada Majlis Menandatangani Perjanjian Pelantikan Joint Lead Coordinator (JLC) bagi Pengurusan Risiko FX Projek ECRL dan Penyempuranaan Pembinaan Landasan ECRL dari Kota Bharu ke Gombak hari ini.Turut sama, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA