JOHOR BAHRU, 31 Mac -- Dua peniaga mercun Muhammad Husaini Esha (kiri) dan Othman Abu Kasim (dua, kanan) masing-masing didenda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuai dalam pengendalian bahan letupan, minggu lepas.Majistret Nabilah Nizam menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Husaini, 36, dan Othman, 31, dan turut memerintahkan mereka dipenjara empat bulan sekiranya gagal membayar denda.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA