GEORGE TOWN, 07 Okt -- Para pegawai Jabatan Perhilitan Persekutuan membawa keluar pelbagai haiwan liar dari tempat pemeliharaan milik seorang penyeludup haiwan antarabangsa, Anson Wong, 52, berhampiran Pusat Rekreasi Air Terjun Titi Kerawang di Teluk Bahang, di sini, malam tadi. Anson kini dipenjarakan selama enam bulan, setelah Mahkamah Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara dan denda sebanyak RM190,000 kerana didapati bersalah atas cubaan menyeludup keluar ular menggunakan beg ke Jakarta, Indonesia sebelum dikesan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada September lepas.Operasi dua jam itu melibatkan 20 anggota Jabatan Perhilitan Wilayah Persekutuan dan Pulau Pinang, menggunakan lima kenderaan termasuk tiga pacuan empat roda serbaguna untuk merampas lebih 50 haiwan liar pelbagai jenis seperti biawak, ular dan burung seterusnya dihantar ke Zoo Melaka.Operasi terbabit bermula kira-kira pukul 6.30 petang tadi akan bersambung esok.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA