LABUAN, 26 Feb -- Peniaga, Ajilisa Singgom, 47, menunjukkan kuih muih yang dijual di dalam bungkusan serta bekas yang lengkap berlabel ketika ditemui di Bazar Ramadan Anjung Selera Durian Tunjong. Penggunaan label maklumat bungkusan juadah bukan sekadar pelengkap visual, malah merupakan amanah peniaga dalam menjamin ketelusan ramuan, tempoh kesegaran serta akuntabiliti terhadap keselamatan pengguna.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA