SEGAMAT, 7 April -- Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan hingga mengorbankan tiga sekeluarga di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berhampiran persimpangan Taman Golden Hill, minggu lalu, didakwa di Mahkamah Majistret hari ini.Tertuduh, Muhamad Shafiq Salleh, 29, hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amalina Johar, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA