LABUAN, 17 Feb -- Petugas Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Wilayah Persekutuan Labuan Mohamad Salihin Hamden melakukan cerapan bagi melihat anak bulan untuk menetapkan tarikh permulaan Ramadan ketika Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1447H di Pusat Cerapan Menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) hari ini.Menara UMSKAL merupakan antara lokasi yang ditetapkan untuk melihat anak bulan di negara ini.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA