LABUAN, 17 Mac -- Komuniti Persatuan Kedayan Labuan (WAKAL) buat pertama kalinya mengadakan Program 'Sungkai' Bersama di Rumah Etnik Kedayan hari ini.Sungkai atau bersungkai bermaksud berbuka puasa disebut dalam bahasa dan dialek masyarakat Kedayan.Rumah Etnik Kedayan, merupakan sebuah mercu tanda warisan yang baru dibina oleh Perbadanan Labuan tahun lalu. Berlatar belakangkan seni bina tradisional yang asli, pengisian aktiviti memfokuskan kepada perkongsian ilmu antara warga emas dan belia bagi memastikan kelestarian budaya terus subur. Inisiatif murni di bawah bumbung ikonik ini membuktikan bahawa sinergi antara pembangunan prasarana dan semangat kekitaan adalah nadi kekuatan masyarakat Kedayan di Pulau Mutiara itu.Program itu turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan (PL) Rithuan Ismail dan Timbalan Pengerusi PL Simsudin Sidek. --fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA