KOTA TINGGI, 10 Jan -- Pengerusi Jaringan Nelayan Kampung Orang Asli Sungai Pinang, Azman Inam (kiri), bersama nelayan Aris Adong, 51, (kanan) berdiri di tengah Sungai Sayong Pinang yang kini semakin cetek, dengan paras air hanya setakat peha. Keadaan itu dipercayai akibat mendapan pasir daripada aktiviti perlombongan pasir darat di kawasan berhampiran, ketika tinjauan Bernama di jeti kampung hari ini.Kira-kira dua bulan selepas insiden pencemaran Sungai Johor, nelayan di kampung itu masih buntu memikirkan masa depan mereka kerana kehidupan harian belum pulih sepenuhnya.Rata-rata nelayan mengeluh berikutan pendapatan dan hasil tangkapan sungai yang semakin merosot.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA