KUANTAN, 1 Dis -- Enam sahabat dari Kampung Tanjung Lumpur menunjukkan lokan yang diperolehi di kawasan pantai kampung mereka ketika tinjauan fotoBERNAMA di sini, hari ini.Lokan merupakan spesis kerang yang sememangnya banyak terdapat di kawasan pantai itu kerana bersesuaian dengan habitatnya.Dengan menawarkan harga RM5 sekilogram, mereka mampu memporolehi wang saku yang akan dikumpul untuk kegunaan pembukaan sesi sekolah nanti.Menurut mereka, aktiviti sebegini sering dilakukan bersama setiapkali musim cuti sekolah dengan hasrat untuk meringankan beban keluarga dari segi perbelanjaan sekolah.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA