JOHOR BAHRU, 13 Jan -- Polis Johor menumpaskan sindiket pengedaran dadah yang dipercayai aktif sejak Ogos tahun lepas menerusi serbuan ke sebuah rumah teres setingkat di Taman Bukit Indah di sini minggu lepas, melibatkan rampasan dadah dan sitaan harta dianggarkan berjumlah RM2.07 juta.Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada 4.20 petang 9 Jan merampas pelbagai jenis dadah seberat 21.75 kilogram (kg) dengan nilai pasaran dianggarkan RM1.45 juta.Hasil risikan berterusan, polis menahan lima lelaki tempatan berusia antara 43 hingga 53 tahun yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah bagi pasaran tempatan dan negara jiran.-- FotBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA