MADINAH, 24 Nov -- Antara jemaah haji dari seluruh dunia sedang membeli-belah di Pasar Pagi yang terletak di pintu masuk utama Masjid Nabawi di Madinah ketika selesai solat fardhu Subuh, di sini semalam.Pasar itu menjadi tumpuan para jemaah terutamanya pada musim haji bagi memilih pelbagai jenis barangan untuk dibawa pulang sebagai cenderamata apabila kembali ke tanah air masing-masing.Antara barangan yang terdapat di sini terdiri daripada sejadah, pakaian, barangan cenderamata, juga makanan termasuk berbagai jenis kurma.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA