MELAKA, 3 Mei -- Orang ramai berkunjung dan melihat barangan yang dijual di Pasar Karat Melaka ketika tinjauan fotoBernama hari ini.Pasar Karat yang terletak berdekatan Stadium Hang Tuah ini sememangnya terkenal dalam kalangan peminat barangan antik serta terpakai, menjadi tumpuan warga setempat mahupun luar negeri untuk mencuci mata dan mendapatkan berangan mengikut minat mereka.Konsep pasar karat yang menawarkan jualan barangan terpakai, barang lama dan barang antik ini dibuka pada setiap Ahad seawal 7 pagi hingga 11 pagi.Selain dari mencari barangan lama atau ââââÅ¡¬Å“second handââââÅ¡¬, pengunjung dapat melihat pelbagai aksi dan gelagat tawar menawar antara peniaga dan pembeli.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA