KANGAR, 17 Dis -- Ketua Operasi Imigresen Perlis, Khailid Mohammad (kanan) bertanyakan sesuatu kepada salah seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Myanmar yang ditahan kerana tiada dokumen perjalanan yang sah di Pejabat Imigresen Kuala Perlis dekat sini, hari ini.Seramai 16 PATI warga Myanmar berumur antara 15 tahun hingga 40 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kampung Kubang Gajah kira-kira pukul 3 pagi tadi akan dihantar ke depoh tahanan sementara sebelum dihantar pulang ke negara asal.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA