Alor Gajah , 9 Jan -- Tahniah dan Syabas....Para penerima lesen memandu kelas B2 bergambar mewakili kaum Cina, Orang Asli, India dan Melayu (dari kiri) Bong See Swan, 65, P. Rosni 44, M. Lachmi, 59, dan Md Jahaya Md Yassin, 64, menunjukkan replika lesen yang diterima pada majlis perasmian penutup Satu Komuniti Satu (SKSJ) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Kompleks Rakan Muda di sini hari ini. Seramai 494 orang calon yang berumur 45 tahun ke atas dikumpulkan dari seluruh Melaka bagi menyertai program ini untuk menggalakkan warga itu memiliki lesen memandu yang sah. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA