MELAKA, 28 April -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (belakang, tengah) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) diwakili Datuk Bandar Datuk Shadan Othman (depan kiri) dengan St John Ambulans Malaysia (SJAM) yang diwakili Pemerintah Agung Datuk Lai See Ming pada Majlis Memeterai Memorandum persefahaman (MoU) antara empat pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan St John Ambulance Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka di sini hari ini.Kerajaan Negeri Melaka menerusi empat PBT di negeri itu memperuntukkan RM484,072 bagi pelaksanaan inisiatif 'Satu PBT Satu Ambulans' dalam usaha memperkukuh sistem perkhidmatan kecemasan. Inisiatif di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) itu melibatkan kerjasama antara MBMB, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dengan SJAM serta APM Melaka.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA