MELAKA, 18 Mac -- Proses penghasilan batik tekap bermotifkan roda kereta lembu dan bunga kesidang sedang dilakukan ketika tinjauan di Bengkel Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Batik Terap Komuniti Felda Hutan Percha, Alor Gajah, baru-baru ini.Walaupun baru berusia enam bulan, Bengkel Pembangunan dan Pengeluaran Produk Kraf Batik Tekap Komuniti Felda Hutan Percha di sini, semakin mendapat perhatian peminat batik tanah air menerusi motif roda kereta lembu dan bunga kesidang yang menghiasi hasil krafnya.Pengurus bengkel Sapinah Sagap, 42, berkata mereka bermula daripada kursus intensif tiga hari dikendalikan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) cawangan Melaka pada Ogos tahun lepas.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA *** Local Caption ***