KUANTAN, 22 Okt -- Ahli keluarga terdekat menyiram air di atas pusara arwah Naili Nafiz Zakaria,14, selepas dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Balok di sini, hari ini.Mangsa seorang pelajar Mahad Tahfiz meninggal dunia apabila kehilangan banyak darah ekoran terkena serpihan kaca yang dibaling adik perempuannya berumur lima tahun secara tidak sengaja di rumah mereka di Taman Balok Baru, petang semalam.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA