GEORGE TOWN, 18 Dis -- TARIKAN SANTA... Patung Santa Claus menjadi pilihan sesetengah pihak pengurusan kompleks membeli-belah sebagai kelainan dan tarikan kepada pengunjung terutamanya kanak-kanak untuk meluangkan masa di premis itu sempena Perayaan Hari Natal.Tinjauan fotoBernama di sini hari ini menemui sebuah kompleks lebih menumpu kepada hiasan patung Santa Claus berbanding menghiasi pokok Krismas yang secara tradisinya dilakukan oleh penganut agama Kristian setiap kali menjelang 25 Disember.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA