KUALA LUMPUR, 31 Dis -- Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi yang juga Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Ir Radin Umar Radin Sohadi, 50, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa esok.Beliau yang berpengalaman dalam bidang akademik selama 24 tahun menggantikanProf Tan Sri Dr Nik Mustapha R. Abdullah yang tamat tempoh pelantikannyasebagai Naib Canselor hari ini.Dr Ir Radin Umar mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengajian tinggi dan pernah menjadi Timbalan Naib Canselor Akademik dan Hubungan Antarabangsa UPM dari 2005 hingga 2006.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA