MELAKA, 16 Dis -- Pengunjung mengambil kesempatan meluangkan masa bersama keluarga sambil menikmati suasana malam yang indah di sekitar Perkampungan Portugis, yang diserikan dengan limpahan cahaya lampu LED berwarna-warni sempena sambutan Hari Natal, hari ini.Tinjauan mendapati kemeriahan perayaan sudah mula dirasai apabila lampu-lampu LED berwarna-warni menghiasi kawasan dataran serta kediaman penduduk setempat, sebagai persiapan menyambut Hari Natal yang bakal diraikan pada minggu hadapan.-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA