KUCHING, 24 Okt -- REKOD ... Siti Zulaiha Baini, 24, (kiri) dan Fifi Kashmiza M.Fauzi, 26, menunjukkan sijil pengiktirafan dari Malaysia Book Of Records serta Kek Lapis Sarawak terpanjang yang dipertontonkan sempena 1Malaysia Karnival Inovatif 2010 di Tebingan Sungai Sarawak di sini, hari ini.Kek seberat 1,500 kilogram dan sepanjang 18 meter itu memerlukan tiga hari untuk disiapkan dan membabitkan 20 orang pembuat dari 20 pengusaha.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA