SEREMBAN, 1 Mac -- Bekas Ahli Dewan Negara Datuk T. Mohan melihat murid- murid menggunakan panel interaktif pintar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rantau hari ini.SJKT Rantau melakar kejayaan menerusi pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBR) atas pencapaian pemasangan panel interaktif pintar terbanyak bagi sekolah Tamil.Sebanyak 14 unit panel interaktif pintar bersaiz 75 inci atau 190.5 sentimeter dipasang di semua kelas, mampu memanfaatkan 300 pelajar termasuk murid pra sekolah bagi memperkasakan pendidikan digital, hasil usaha murni Pengarah Urusan Linsun Engineering Sdn Bhd, Datuk M. Natarajen dan Pengarah Operasi Datuk M. Satishkumar.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA