PUTRAJAYA, 4 Jan -- Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Cheung (tengah) melambai tangan kepada hadirin selepas berjaya dalam sesi perbualan video secara langsung bersama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada Majlis Pelancaran 'One Stop Centre (OSC) Online 10 PBT Secara Serentak' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Datuk Ahmad Kabit (kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Datuk Arpah Abdul Razak (kiri).OSC adalah salah satu inisiatif dan usaha kerajaan bagi mempertingkatkan sistem penyampaian dan perkhidmatan secara bersepadu bagi agensi dan kementerian kepada rakyat.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA