NILAI, 15 Mac -- Pusat Perniagaan Nilai 3 kembali meriah dengan kehadiran pengunjung yang membeli barangan serta membuat persiapan menjelang Aidilfitri. Sejak minggu lepas, kebanyakan premis dipenuhi orang ramai hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas terutama pada hujung minggu.Tinjauan Bernama mendapati premis menjual pakaian, permaidani, langsir, pinggan mangkuk serta perhiasan rumah menjadi tumpuan pengunjung yang datang membeli keperluan sempena Syawal.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA