SEREMBAN, 17 Feb -- Orang ramai tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan bersama ahli keluarga selepas melakukan upacara keagamaan sempena Tahun Baharu Cina di Kuil Then Sze Koon yang terletak di puncak Bukit Wu Gong, Bukit Jung hari ini.Rumah ibadat yang dibina pada 1863 itu dikelilingi pokok dan tumbuhan semula jadi serta dihiasi dengan keunikan beberapa patung gergasi selain menjadi antara lokasi tarikan pelancongan di negeri ini.Tahun Baharu Cina merupakan perayaan terpenting untuk masyarakat Cina yang disambut mengikut kalendar qamari Cina.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA