MELAKA, 16 Dis -- TARIKAN PELANCONGAN ... Kampung Morten yang terletak di pinggir Sungai Melaka dan diasaskan Allahyarham Othman Mohd Noh dianggap sebagai "muzium hidup".Kampung Morten, sempena nama seorang Pesuruhjaya Tanah Inggeris yang juga Pemungut Hasil Tanah Negeri Melaka iaitu Frederick Joseph Morten yang berperanan membina kampung ini, mempunyai 85 buah rumah termasuk 52 buah rumah tradisional Melaka.Kampung itu mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dan diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong.Mereka yang menaiki Melaka River Cruise perkhidmatan bot untuk menyusuri kira-kira empat kilometer sungai berkenaan, tentunya terpegun melihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di kampung ini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA