SEREMBAN, 17 Mac -- Mohamad Daniel Haikal ketika ditemui Bernama di Ibu Pejabat ADAB Youth Garage (AYG) baru-baru ini.Mohamad Daniel sebagai anak sulung daripada empat beradik dan membesar di PPR Taman Medan, Petaling Jaya, cabaran hidup memaksanya menjadi matang lebih awal.Kekangan kewangan dengan bapanya bekerja sebagai pemandu lori sebelum mengusahakan kedai makan bersama-sama rakan, menyaksikan dia banyak berkorban untuk adik-adik, termasuk kerap ponteng sekolah bagi membantu ibunya menguruskan tiga adik yang masih kecil.Malah, sejak dua tahun lalu, anak muda ini menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga selepas bapanya meninggal dunia akibat masalah buah pinggang.Titik perubahan dalam hidupnya berlaku ketika dia