MELAKA, 16 Dis -- TARIKAN PELANCONGAN ... Pelancong dari Switzerland, Stephanie Favarger (kanan) bersama rakanya dari New Zealand Al Mohallim (kiri) menikmati pemadangan indah Kampung Morten yang terletak di pinggir Sungai Melaka dengan menaiki beca.Kampung Morten, sempena nama seorang Pesuruhjaya Tanah Inggeris yang juga Pemungut Hasil Tanah Negeri Melaka iaitu Frederick Joseph Morten, mempunyai 85 buah rumah termasuk 52 buah rumah tradisional Melaka.Morten dipercayai memainkan peranan membina kampung ini pada tahun 1920an sementara pengasasnya Allahyarham Othman Mohd Noh. Kampung itu mendapat perhatian penuh kerajaan Melaka dan diwartakan di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya pada tahun 1988 sebagai kawasan perkampungan tradisional Melayu dan pusat tarikan pelancong.Mereka yang menaiki Melaka River Cruise perkhidmatan bot untuk menyusuri kira-kira empat kilometer sungai berkenaan, tentunya terpegun melihat rumah tradisional Melayu yang terdapat di kampung ini.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA