NILAI, 22 Dis -- Polis mengesahkan penemuan tiga objek disyaki peranti bahan letupan buatan sendiri atau Improvise Explosive Device (IED) susulan kejadian letupan di kawasan Desa Palma di sini pagi tadi.Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.08 pagi selepas orang awam memaklumkan terdapat objek meletup serta paku bertaburan di kawasan berkenaan melalui panggilan Next Generation Malaysian Emergency Response Services (NG MERS 999).Beliau berkata bertindak atas maklumat tersebut, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian dan maklumat awal saksi awam memaklumkan bahawa letupan itu berpunca dari sebuah kereta.--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA