PULAU PINANG, 6 Nov -- KENALI PULAU PINANG ... Produser ImageFarm, Tang Siang Ching menunjukkan cakera padat digital berjudul "George Town.Penang" yang diterbitkan syarikat itu selepas majlis pelancaran cakera padat itu oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di sini, hari ini.Cakera padat itu memaparkan tempat-tempat menarik dan bangunan bersejarah yang terdapat di negeri yang mendapat jolokan Pulau Mutiara.Ia akan dijadikan sebagai antara produk untuk mempromosikan Pulau Pinang di luar negara.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA