PADANG BESAR, 14 Nov -- Beginilah keadaan pondok usang Che Om Saad, 48 (kanan) dan anaknya Sharifah Nurul Huda Syed Darus,17 (kiri) yang hanya mempunyai sebuah katil tanpa tilam di Kampung Baru Sungai Serai dekat sini, hari ini.Sharifah Nurul Huda yang sebelum ini bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Siding, terpaksa berhenti daripada persekolahan kerana membantu ibunya.Che Om yang mempunyai lima orang anak tinggal di pondok usang berlantaikan tanah dan berdindingkan zink itu sejak setahun lalu selepas kematian suaminya, manakala tiga daripada dua anaknya yang sudah berkahwin tinggal bersama keluarga masing-masing.Sejak tinggal di pondok tersebut, Che Om hanya menumpang mandi dan menggunakan tandas jiran-jiran kerana tiada kemudahan air dan elektrik.Bagi menyara kehidupan keluarga, Che Om bekerja sebagai pembantu di kantin sebuah kilang gula di sini.Sehingga kini, belum ada mana-mana pihak yang tampil untuk menghulurkan bantuan kepada keluarga ini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA