KINABATANGAN, 24 Nov -- Pengarah Pusat Biodiversiti Sabah (SBC) Abdul Fatah Amir menerima sijil rasmi pengisytiharaan kawasan tanah lembap hilir Kinabatangan-Segama sebagai tapak Ramsar pada Mesyuarat Ke-10 Persidangan Pihak yang Menandatangani Kontrak Konvensyen Ramsar mengenai Kawasan Tanah Lembap di Changwon, Korea, 28 Okt lepas.Kawasan itu merupakan tapak Ramsar pertama di Sabah, keenam dan yang terbesar di Malaysia meliputi lebih 78,803 hektar kawasan hutan bakau dan paya gambut di pantai timur Sabah.Pengisytiharan kawasan ini sebagai tapak Ramsar merupakan pengiktirafan kepada kawasan itu sebagai kawasan tanah lembap penting dunia kerana meliputi hutan bakau pesisir pantai dan hutan paya gambut yang jarang ditemui.Pengisytiharan Ramsar membolehkan sesebuah kawasan itu memperoleh bantuan dana kecil Ramsar dan dana masa depan untuk tanah lembap sebagai bantuan kewangan bagi mengimplementasi konservasi tanah lembap dan penggunaan mapan yang lestari.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA