KINABATANGAN, 24 Nov -- HABITAT ... Gambar yang dirakam dari udara ini menunjukkan beberapa ekor Tembadau yang merupakan antara hidupan liar yang mendiami kawasan tanah lembap hilir Kinabatangan-Segama yang merupakan tapak Ramsar pertama di Sabah dan yang terbesar di Malaysia.Tapak Ramsar keenam di Malaysia itu meliputi lebih 78,803 hektar kawasan hutan bakau dan paya gambut di pantai timur Sabah.Pengisytiharan kawasan ini sebagai tapak Ramsar merupakan pengiktirafan kepada kawasan itu sebagai kawasan tanah lembap penting dunia kerana meliputi hutan bakau pesisir pantai dan hutan paya gambut yang jarang ditemui.Pengisytiharan Ramsar membolehkan sesebuah kawasan itu memperoleh bantuan dana kecil Ramsar dan dana masa depan untuk tanah lembap sebagai bantuan kewangan bagi mengimplementasi konservasi tanah lembap dan penggunaan mapan yang lestari.Penyampaian sijil rasmi pengisytiharaan tapak Ramsar berlangsung pada Mesyuarat Ke-10 Persidangan Pihak yang Menandatangani Kontrak Konvensyen Ramsar mengenai Kawasan Tanah Lembap di Changwon, Korea, 28 Okt lepas.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA