KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik di Beijing, China pada Ogos lepas, Datuk Ho Koh Chye meninggal dunia pada 8 malam ini di Pusat Perubatan Kelana Jaya, dipercayai akibat kanser kelenjar prostat.Koh Chye, 66, meninggalkan seorang isteri Datin Lee Siew Chan dan dua orang anak, seorang lelaki dan seorang perempuan.Mayat mendiang masih berada di pusat perubatan tersebut untuk bedah siasat.Koh Chye yang dilahirkan di Seremban, Negeri Sembilan pada 5 Nov 1942 pernah empat kali mewakili negara sebagai penjaga gol skuad hoki kebangsaan pada temasya Sukan Asia di Jakarta (1962), Olimpik di Tokyo (1964), Sukan Asia di Bangkok (1966) dan Sukan Olimpik di Mexico (1968). -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA