KUANTAN, 11 Dis -- MENGANGGUR ... Nelayan Norhisyam Muhammad, 33, membungkus enjin botnya setelah tidak dapat turun ke laut sejak dua minggu lalu ketika tinjauan fotoBERNAMA di Kampung Tanjung Lumpur di sini, hari ini.Seramai 100 nelayan di kampung itu hilang punca pendapatan sejak dua minggu lalu berikutan laut yang bergelora meskipun keadaan cuaca cerah sejak tiga hari yang lepas.Jabatan Perikanan negeri turut menasihatkan nelayan bot kecil agar tidak turun ke laut dan kebanyakan mereka menghabiskan masa mereka dengan aktiviti menyelenggarakan bot.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA