KUANTAN, 15 Dis -- BAHAYA ... Seorang bapa bersama dua anaknya leka bermain ombak tanpa menyedari risiko dihanyutkan arus ketika tinjauan fotoBERNAMA di Pantai Beserah di sini, hari ini.Jabatan Meteorologi hari ini memberi amaran bahaya kepada orang ramai untuk tidak melakukan sebarang aktiviti pantai dan aktiviti perkapalan berikutan keadaan angin kencang dari Laut China Selatan dengan kelajuan antara 50 hingga 60 kilometer sejam yang menyebabkan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.5 hingga 4.5 meter.Orang ramai dinasihatkan agar peka mengenai amaran ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA