WANG KELIAN, 28 Dis -- SESAK ... Gerai-gerai jualan yang terletak di pinggir jalan utama pekan Wang Kelian kelihatan sesak dengan pengunjung yang datang untuk membeli-belah di sini, hari ini.Tinjauan BERNAMA hari ini mendapati puluhan bas yang kebanyakan dari luar Perlis mula memasuki Wang Kelian melalui jalan berbukit itu sejak awal pagi bagi membeli-belah di sempadan antarabangsa itu.Ini berikutan langkah kerajaan memberi kelonggaran bebas bergerak di kawasan sempadan itu berkuatkuasa 5 Disember lalu bagi membolehkan rakyat Thailand dan Malaysia melepasi sempadan kedua negara tanpa dokumen perjalanan bagi jarak satu kilometer daripada garis sempadan.-- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA