KUANTAN, 24 Dis -- Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun (kanan) melihat keadaan satu daripada kenderaan bomba selepas upacara penyerahannya kepada tiga pasukan bomba sukarela pada majlis Penyerahan Geran Operasi dan Skim Insuran Nyawa Berkelompok Kepada Pasukan Bomba Sukarela Seluruh Pahang di sini, hari ini.Turut hadir Penolong Ketua Pengarah Bomba Malaysia (Bahagian Operasi dan Penyelamat), Amer Yusof (kiri) dan Pengarah Bomba Pahang Abdul Wahab Mat Yasin (dua, kiri).Sebanyak 35 pasukan bomba sukarela ditubuhkan yang terdiri daripada kira-kira 1,500 anggota di negeri itu. Tujuan penubuhan pasukan itu adalah untuk menangani operasi kebombaan dan penyelamatan di peringkat awal di kawasan yang tiada penempatan balai bomba dan penyelamat.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA