WANG KELIAN, 28 Dis -- Pengunjung dari Kuala Lumpur, Rodziah Yahaya, 41, (dua, kiri) bersama beberapa ahli keluarganya sedang memilih kain tudung ketika mengunjungi gerai jualan di Wang Kelian dekat sini, hari ini.Tinjauan BERNAMA hari ini mendapati puluhan bas yang kebanyakan dari luar Perlis mula memasuki Wang Kelian melalui jalan berbukit itu sejak awal pagi bagi membeli-belah di sempadan antarabangsa itu.Ini berikutan langkah kerajaan memberi kelonggaran bebas bergerak di kawasan sempadan itu berkuatkuasa 5 Disember lalu bagi membolehkan rakyat Thailand dan Malaysia melepasi sempadan kedua negara tanpa dokumen perjalanan bagi jarak satu kilometer daripada garis sempadan.-- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA