TAPAH, 14 Dis -- Seni bela diri kaum India, silambam turut dipersembahkan pada pelancaran Program Rakan Muda Wawasan Desa Sektor Perumahan dan Estet yang dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Tong Wah, Chenderiang di sini, hari ini.Ismail berkata, silambam akan dijadikan acara untuk buruan pingat pada Sukan Malaysia (Sukma) yang akan datang selepas ia menjadi acara pertunjukan pada Sukma di Terengganu pada pertengahan tahun ini.Menurutnya, dengan menjadikan silambam sebagai satu acara yang mempertandingkan pingat di Sukma bakal menggalakkan lebih ramai penggiat seni bela diri itu untuk bergerak secara aktif.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA