WANG KELIAN, 28 Dis -- Pengunjung dari Shah Alam, Shahbani Saad, 42, (kanan) sedang mencuba teropong jarak jauh yang dijual di pekan Wang Kelian dekat sini, hari ini.Tinjauan BERNAMA hari ini mendapati puluhan bas yang kebanyakan dari luar Perlis mula memasuki Wang Kelian melalui jalan berbukit itu sejak awal pagi bagi membeli-belah di sempadan antarabangsa itu.Ini berikutan langkah kerajaan memberi kelonggaran bebas bergerak di kawasan sempadan itu berkuatkuasa 5 Disember lalu bagi membolehkan rakyat Thailand dan Malaysia melepasi sempadan kedua negara tanpa dokumen perjalanan bagi jarak satu kilometer daripada garis sempadan.-- fotoBERNAMA HAK CIPTA TERPELIHARA