SEREMBAN, 15 Feb -- Orang ramai membeli barangan keperluan sebagai persiapan awal menjelang Ramadan ketika tinjauan di sebuah pasar raya di Seremban 2 hari ini.Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dilaporkan berkata kira-kira 8.1 juta penerima telah menebus bantuan SARA Untuk Semua bernilai RM100 secara sekali bayar setakat Jumaat lepas dengan jumlah perbelanjaan hampir RM780 juta.Beliau berkata sambutan menggalakkan itu mencerminkan keberkesanan pendekatan kerajaan dalam memastikan bantuan sampai terus kepada rakyat bagi meringankan kos sara hidup.--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA