BESUT, 8 Dis -- Seorang penduduk Kampung La, Abu Bakar Muda, 56, menunjukkan kemusnahan yang dialami di kawasan pelancongan LA Hot Spring di Hulu Besut berikutan banjir melanda Besut yang turut membabitkan kawasan tersebut minggu lalu.LA Hot Spring yang menjadi tumpuan pelancongan kerana mempunyai kolam air panas aslinya ditenggelami banjir sehingga dua meter hingga menyebabkan kerosakan kepada kolam air panasnya dan kemudahan pelancongan yang lain.Sehubungan itu, Majlis Daerah Besut (MDB) mengumumkan kawasan tersebut ditutup kepada orang ramai sehingga akhir tahun ini untuk dibaikpulih.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA