PULAU PINANG, 30 Mac -- Dua anak lelaki Pakar bius Hospital Pulau Pinang, Dr Tan Bee Hooi iaitu Tan Xing San,7, (kiri) dan Tan Xin Yeng, 5, ketika melihat mayat ibunya yang tiba dari Paris di kediaman datuknya di Tanjung Bunga di sini, hari ini.Bee Hooi meninggal dunia setelah mengalami komplikasi selepas pembedahan "arteriovenous malformation " (AVM) di Paris pada 26 Mac lepas. Mayat Bee Hooi akan disemadikan di Tanah Perkuburan Cina Batu Gantung, Selasa ini. -- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA