IPOH, 11 Mac -- Pengerusi DAP Perak, Ngeh Khoo Ham (tengah), Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak Ir Mohammad Nizar Jamaluddin (kiri) dan wakil Parti Keadilan Rakyat Zulkifly Ibrahim bergandingan tangan selepas mengadakan sidang akhbar mengenai isu pelantikan Menteri Besar Perak di sini, hari ini.Selain beliau dan Mohammad Nizar Jamaluddin nama Bendahari PKR Jamaluddin Mohd Radzi turut diserahkan kepada Pemangku Sultan Perak Raja Dr Nazrin Shah untuk dipertimbangkan bagi mengisi jawatan itu.Pakatan DAP, PKR dan PAS di negeri ini bersepakat untuk menerima sesiapa sahaja calon yang diputuskan tanpa mengira daripada parti mana calon itu-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA