SHAH ALAM, 13 Mac -- Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani (kiri) membaca kenyataan bertulis kepada wartawan selepas majlis pelantikan Menteri Besar Selangor yang baru di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.Turut sama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.Pada istiadat itu, Khalid yang juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Selangor yang ke-14.Pada pilihan raya umum Sabtu lepas, pakatan pembangkang DAP, PAS dan PKR memenangi 36 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA