PELABUHAN KLANG, 19 Mac -- Para penumpang kapal persiaran mewah Queen Victoria mengambil peluang untuk bersiar-siar di sekitar pelabuhan ini selepas kapal itu berlabuh di Terminal Star Cruise di sini, hari ini.Kapal persiaran terbaru dan paling mewah dari United Kingdom itu, yang mampu membawa 7,000 penumpang, membuat kunjungan kali pertama ke negara ini.Kapal itu, yang mempunyai 990 kabin, adalah dalam perjalanan selama 105 hari ke seluruh dunia dari Southampton ke New York.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA