KUALA LUMPUR, 9 Feb -- Pengurus Besar Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Bahagian Wilayah Ismail Rusmin (kanan) berbincang bersama Pengurus Besar Komunikasi Korporat Syabas Abdul Halem Mat Som (kiri) ketika Program 'Jalan-Jalan Cari Kebocoran' di sekitar daerah Gombak serta lawatan ke utiliti di Rumah Pam Air Kepong Estate di Bandar Sri Damansara, hari ini.Program itu diadakan sebagaia salah satu usaha mengurangkan kehilangan air tanpa hasil (NRW) tanpa menunggu aduan daripada pengguna.Operasi hari ini juga adalah sebagai rutin berjadual bagi meningkatkan tahap kecekapan dan perkhidmatan kepada para pengguna air di daerah Gombak.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA