BALING, 3 Feb -- JALAN TIKUS ... Dua wakil penduduk Kampung Bawah Gunung di sini, Mejer (B) Sazali Mat Isa,50, (kanan) dan bekas anggota tentera Sulaiman Baharom, 42, menujukkan jalan altanatif yang dibuka oleh pengusaha kuari gunung Baling bagi kemudahan mereka mengangkut keluar batu.Mereka mendakwa pembinaan jalan di kawasan milik kerajaan itu tidak mendapat kelulusan pihak Pejabat Tanah Daerah Baling (PTDB).Penduduk berkenaan bimbang jika berlaku hujan lebat berkemungkinan boleh berlaku runtuhan tanah dan batu dan mengancam nyawa penduduk terbabit.Penduduk mendakwa, kuari itu beroperasi sejak 10 tahun lalu selepas berpindah dari tapak asal di Kampung Lubuk Pedati, mukim Pulai.-- fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA