KUALA LUMPUR, 19 Feb -- Yim Pek Ha dan suaminya Hii Ik Ting menunjukkan ruang tamu rumahnya selepas Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mengetuai satu rombongan meninjau rumah pasangan itu di Villa Putera, Jalan Sultan Ismail di sini, hari ini.Rombongan hakim dan penguam ke rumahnya itu bertujuan melihat kawasan sekitar di luar rumah Yim serta ruang tamu, dapur dan empat buah bilik.Yim, 39, menghadapi pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah kepada pembantu rumahnya Nirmala Bonat, 21, dengan menggunakan seterika dan air panas di rumahnya pada Januari, Mac dan April 2004.--fotoBERNAMA HAKCIPTA TERPELIHARA